Masalah penagihan dadah & langkah mengatasinya

Penagihan dadah

Dadah telah menjadi satu masalah yang dihadapi oleh seluruh negara di dunia ini . Masalah ini telah menjejaskan keadaan ekonomi, politik dan juga sosial beberapa buah negara yang terlibat terutama negara-negara yang sedang membangun. Pemimpin – pemimpin dibeberapa buah negara telah mula memainkan peranan masing-masing dalam usaha untuk mencegah wabak ini. Malaysia tidak terkecuali dari masalah dadah ini dan merupakan salah sebuah negara yang berada dibarisan hadapan dalam mengatasi masalah ini. Secara umumnya, dadah ditakrifkan sebagai sebarang bahan atau campuran bahan yang mana penggunaanya menyebabkan perubahan-perubahan dalam fungsi dan struktur fisiologi organisme. Dadah dapat digunakan dengan cara suntikan, hidu, hisap atau makan. Seseorang itu akan bergantung kepada dadah kerana telah mencuba dadah berkali-kali yang menyebabkan mereka merasa senang dan "khayal" atau gembira.
Banyak usaha telah dibuat oleh kerajaan bagi mengatasi permasalahan penyalahgunaan dadah di negara ini. Berbillion-billion ringgit di belanjakan bagi membendung penularan ketagihan dadah di kalangan rakyat. Banyak pusat-pusat serenti didirikan bagi pemulihan penagih-penagih dadah membuktikan keseriusan kerajaan menangani masalah ini. Lembaga Dadah Kebangsaan dan Persatuan Pemadam menjadi penggerak utama bagi memastikan penyalahgunaan dadah dapat dibendung. Namun, apa yang kelihatan usaha-usaha yang dijalankan selama ini tidak memberi kesan positif. Penagihan dadah terus tidak dapat dibendung, malah penularannya makin meningkat hari demi hari. Meskipun tangkapan dilakukan terhadap penagih-penagih dan pengedar-pengedar dadah dan hukuman yang berat dikenakan, namun hukuman-hukuman tersebut tidak menakutkan mereka. Penyalahgunaan dadah bukan saja membahayakan kesihatan, ianya boleh membawa ketagihan dan apabila ketagihan sudah sebati maka si penagih akan membuat apa saja termasuk mencuri, merompak dan sebagainya bagi mendapatkan dadah. Apabila sudah terlalu serius maka penyakit Aids juga boleh dijangkiti di kalangan penagih dadah ini.
Meskipun pusat-pusat serenti di dirikan di merata tempat di negara ini bagi tujuan pemulihan, namun kesannya amat mendukacitakan. Menurut Naib Presiden Pemadam, Datuk Lee Lam Thye, ini yang dapat dikesan, angka sebenarnya mungkin empat kali ganda kerana kebanyakkan mereka ini masih belum dapat dikenal pasti. Penyalahgunaan dadah di kawasan-kawasan bandar adalah sangat membimbangkan. Dadah jenis heroin, masih lagi menjadi kegemaran utama penagih-penagih di ikuti dengan morphine,ganja dan eastacy, syabu, dadah yang di seludup dari Filipina menjadi masalah besar di Sabah sementara ubat batuk menjadi kegemaran penagih-penagih di Terengganu, Kelantan, Sabah dan Serawak. Peningkatan penagihan dadah ini amat mencemaskan.

Apakah dengan angka-angka ini yang nyata sekali menggambarkan peningkatan penagihan dadah yang berterusan akan dapat mencapai matlamat kerajaan untuk menghapuskan dadah di sekolah-sekolah pada tahun 2012 dan menjadikan Malaysia bebas daripada penagihan dadah pada tahun 2023 akan tercapai? Apa yang kita nampak segala usaha yang dijalankan oleh kerajaan dan badan-badan NGO nampaknya tidak mendatangkan kesan ke arah matlamat itu. Dalam hal ini masalah pokok ialah bukan penyalahgunaan atau ketagihan dadah, yang menjadi tunjang masalah ialah “pengedaran dadah” yang berleluasa yang masih belum dapat dibendung. Masalah dadah ini bukan saja dihadapi oleh Malaysia tetapi sudah menjadi masalah global. Rangkaian pengedarannya sangat licin dan sofistikated dan menyeluruh ke serata dunia. Malaysia dikatakan menjadi salah satu pusat transit pengedaran dadah ini yang diedarkan di seluruh dunia. Tugas-tugas utama yang patut di tangani oleh kerajaan dan badan-badan NGO ialah membanteras pengedar-pengedar ini. Semua pintu masuk ke negara ini hendaklah dikawal ketat. Tanpa bekalan, penagih-penagih dadah mungkin dapat dikurangkan. Usaha-usaha lain seperti program-program pendidikan, penerangan tentang bahayanya penyalah gunaan dadah hendaklah di perluaskan. Institusi-institusi keluarga hendaklah dimantapkan di samping menyerapkan pengetahuan dan nilai-nilai keagamaan.
Hukuman mati saja nampaknya tidak mendatangkan kesan yang positif. Begitu juga peranan pusat-pusat serenti yang kelihatan sudah menjadi haru biru. Banyaknya kejadian pelatih-pelatih di pusat-pusat ini merusuh, memberontak dan membuat kacau dalam pusat-pusat serenti ini menandakan ada sesuatu yang tidak kena di pusat-pusat itu. Sudah banyak kejadian seperti ini berlaku, kita tidak tahu sama ada dibuat sebarang penyiasatan atau tidak bagi mengenal pasti kenapa senario itu boleh berlaku? Ada di antara mereka memberitahu bahawa pusat-pusat serenti menjadi tempat “penyiksaan” bukan tempat pemulihan. Sama ada dakwaan ini betul atau tidak pihak berkenaan sewajarnya memberi penjelasan. Kita harapkan pelatih-pelatih pusat serenti benar-benar terlatih dan menjadi rakyat yang berguna kepada negara. Berita-berita mereka mendapat bekalan dari segelintir kakitangan yang tidak bertanggungjawab di situ hendaklah di tangani dengan segera tanpa bertolak ansur. Sesungguhnya beban kewangan yang di tanggung oleh kerajaan untuk penagih-penagih dadah ini boleh di manfaatkan kepada program-programlain yang lebih berfaedah bagi kepentingan dan kesejahteraan rakyat.
Sememangnya dadah banyak memberi kesan buruk kepada penagih itu sendiri amnya dan kepada kelurga, agama dan negara khasnya. Oleh itu, langkah-langkah sewajarnya harus diambil untuk mengatasi masalah dadah ini . Antara langkah-langkah yang diambil ialah melalui penguatkuasaan undang – undang oleh kerajaan. Tindakan tegas harus dikenakan kepada mereka yang terlibat teutamanya kepada pengedar dadah. Selain itu juga, rawatan dan pemulihan yang bersistematik dan segera harus diberikan kepada penagih dadah yang telah dikenalpasti dan berpotensi untuk dibawa ke pangkal jalan. Pihak sekolah juga harus memainkan peranan untuk memberikan pendidikan, pencegahan dan penerangan berkaitan dengan gejala penagihan dadah kepada semua pelajar dan masyarakat yang berada di sekitarnya. Apa yang paling penting sekali ialah kerjasama oleh pihak antarabangsa untuk perangi dadah secara habis-habisan.


Langkah mengatasi gejala penagihan dadah

Banyak usaha telah dibuat oleh kerajaan bagi mengatasi permasalahan penyalahgunaan dadah di negara ini. Berbillion-billion ringgit di belanjakan bagi membendung penularan ketagihan dadah di kalangan rakyat Malaysia. Banyak pusat-pusat serenti didirikan bagi pemulihan penagih-penagih dadah membuktikan keseriusan kerajaan menangani masalah ini. Lembaga Dadah Kebangsaan dan Persatuan Pemadam menjadi penggerak utama bagi memastikan penyalahgunaan dadah dapat dibendung. Namun, apa yang kelihatan usaha-usaha yang dijalankan selama ini tidak memberi kesan positif. Penagihan dadah terus tidak dapat dibendung, malah penularannya makin meningkat hari demi hari. Meskipun tangkapan dilakukan terhadap penagih-penagih dan pengedar-pengedar dadah dan hukuman yang berat dikenakan, namun hukuman-hukuman tersebut tidak menakutkan mereka.
Penyalahgunaan dadah bukan saja membahayakan kesihatan, ianya boleh membawa ketagihan dan apabila ketagihan sudah sebati maka si penagih akan membuat apa saja termasuk mencuri, merompak dan sebagainya bagi mendapat dadah. Apabila sudah terlalu serius maka penyakit Aids juga boleh dijangkiti di kalangan penagih dadah ini. Meskipun pusat-pusat serenti di dirikan di merata tempat di negara ini bagi tujuan pemulihan, namun kesannya amat mendukacitakan. Hanya sebilangan saja berjaya di pulihkan melalui pusat-pusat serenti ini dan bilangannya makin bertambah setiap bulan.
Dalam hal ini masalah pokok ialah bukan penyalahgunaan atau ketagihan dadah, yang menjadi tunjang masalah ialah “pengedaran dadah” yang berleluasa yang masih belum dapat dibendung. Masalah dadah ini bukan saja dihadapi oleh Malaysia tetapi sudah menjadi masalah global. Rangkaian pengedarannya sangat licin dan sofistikated dan menyeluruh ke serata dunia. Malaysia dikatakan menjadi salah satu pusat transit pengedaran dadah ini yang diedarkan di seluruh dunia.
Tugas-tugas utama yang patut di tangani oleh kerajaan dan badan-badan NGO ialah membanteras pengedar-pengedar ini. Semua pintu masuk ke negara ini hendaklah dikawal ketat. Tanpa bekalan, penagih-penagih dadah mungkin dapat dikurangkan. Usaha-usaha lain seperti program-program pendidikan, penerangan tentang bahayanya penyalahgunaan dadah hendaklah di perluaskan. Institusi-institusi keluarga hendaklah dimantapkan di samping menyerapkan pengetahuan dan nilai-nilai keagamaan.
Hukuman mati saja nampaknya tidak mendatangkan kesan yang positif. Begitu juga peranan pusat-pusat serenti yang kelihatan sudah menjadi haru biru. Banyaknya kejadian pelatih-pelatih di pusat-pusat ini merusuh, memberontak dan membuat kacau dalam pusat-pusat serenti ini menandakan ada sesuatu yang tidak kena di pusat-pusat itu. Sudah banyak kejadian seperti ini berlaku, kita tidak tahu sama ada dibuat sebarang penyiasatan atau tidak bagi mengenal pasti kenapa senario itu boleh berlaku? Ada di antara mereka memberitahu bahawa pusat-pusat serenti menjadi tempat “penyiksaan” bukan tempat pemulihan. Sama ada dakwaan ini betul atau tidak pihak berkenaan sewajarnya memberi penjelasan.
Kita harapkan pelatih-pelatih pusat serenti benar-benar terlatih dan menjadi rakyat yang berguna kepada negara. Berita-berita mereka mendapat bekalan dari segelintir kakitangan yang tidak bertanggungjawab di situ hendaklah di tangani dengan segera tanpa bertolak ansur. Sesungguhnya beban kewangan yang di tanggung oleh kerajaan untuk penagih-penagih dadah ini boleh di manfaatkan kepada program-programlain yang lebih berfaedah bagi kepentingan dan kesejahteraan rakyat ramai, membina rumah-rumah kos rendah umpamanya.

Cetakan Lino

PENGENALAN

Cetakan ialah proses terapan blok atau plat ke atas sesuatu permukaan kertas, kain atau bahan yang lain. Seni percetakan melibatkan kerja-kerja melukis, mengukir dan mencetak. Dengan menggunakan blok, pemidang dan plat logam, imej dapat dicetak dengan banyak dan disebut sebagai edisi. Semua karya yang dihasilkan dalam satu edisi adalah dianggap karya asli. Cetakan merupakan kesan daripada gubahan yang dihasilkan oleh pelukis pada permukaan blok atau plat. Permukaan blok diukir atau diguris sehingga imej yang terbentuk pada imej atau blok tersebut dapat dipindahkan keatas kertas, kain atau bahan lain.

Cetakan dilihat hanya sebagai aktiviti seni kedua penting selepas lukisan, ukiran mahupun fotografi. Hakikatnya, seni cetakan ini mempunyai daya hidupnya tersendiri, terus mekar dan subur seiring kecanggihan persekitarannya. Daripada teknik tradisional seperti cetakan skrin, potongan lino, potongan kayu, gurisan, litografi hingga ke sinaran kosmik dan cetakan kreatif menggunakan teknologi komputer terkini, kita akur bahawa seni unggul melampaui fesyen dan sentiasa menawarkan sesuatu yang baru, tanpa mengira tarikh ia dicipta ataupun usia penciptanya.

Hasil terapan warna dari blok atau plat, atau menyapu warna melalui suatu stensil di atas sesuatu permukaan dinamakan cetakan. Permukaan blok cetakan mungkin timbul, terbenam atau rata bergantung kepada jenis cetakan. Permukaan yang boleh dicetak terdiri daripada kertas, logam, kayu, plastik dan kanvas. Kelebihan cetakan ialah dapat menghasilkan cetakan yang banyak dengan menggunakan blok atau stensil yang sama. Stensil atau blok boleh disusun dengan cara-cara yang berbeza menggunakan warna-warna yang berlainan. Hasil-hasil cetakan boleh disusun dalam bentuk siri (dinamakan edisi), dimana semua cetakan dalam siri mereka. Cetakan juga merupakan proses menggambar atau mencorak yang dihasilkan dengan mengguris atau memotong permukaan plat dan menggunakan pigmen. Kemudian gambar atau corak dipindahkan pada permukaan kertas atau kain. Melalui teknik cetakan, kita akan dapat menghasilkan beberapa edisi karya yang sama dengan mudah.

SEJARAH CETAKAN

Cetakan blok kayu buatan tangan muncul pada abad ke-7 Masihi di China. Industri cetakan mono blok kayu buatan tangan muncul dan berkembang di Negara Barat pada abad ke-14 Masihi. Pada masa itu, kemahiran mencetak digunakan untuk mencetak bahan-bahan keagamaan, perhiasan ilustrasi buku, poster untuk berkomunikasi, propaganda, bahan pendidikan dan sebagainya. Hasil cetakan Albrecht Durer yang terkenal menggunakan blok kayu sebagai blok cetakan. Karya cetakan ini mempamerkan kemahiran beliau dari segi melukis dan mengukir.

Penggunaan warna dalam cetakan diperkenalkan pada abad ke-15. Di Malaysia, cetakan kayu digunakan untuk mencetak kain sarung (kain terap hitam) sebelum kain jawa diperkenalkan. Selepas itu, cetakan muncul menjadi salah satu cabang seni halus yang unik. Selepas itu cetakan muncul menjadi salah satu cabang seni halus yang unik. Cetakan menjadi popular dan digemari ramai kerana:

a) menyediakan beberapa salinan setiap edisi
b) harganya yang tidak mahal seperti hasil karya yang lain.
c) bersaiz sederhana yang membolehkannya menjadi bahan koleksi orang ramai.

Kini, industri cetakan yang menggabungkan teknik canggih melalui bantuan perisian computer serta kemahiran seni grafik yang bermutu tinggi telah berjaya menjadikannya satu saluran seni yang baik. Sejarah awal cetakan bermula pada tahun 3000 SM. Dikatakan kumpulan sumaria membuat salinan imej kulit kerang di atas tanah liat yang berbentuk empat segi. Hasilnya mereka berjaya mebcetak bentuk relif. Cetakan blok kayu buatan tangan mula muncul di Negara china pada kurun ke 8. pada ketika itu mereka menggunkan kertas sebgai permukaan cetakan. Perkembangan cetakan di Negara Eropah bermula pada 1418 masihi. Pada peringkat awal cetakan digunakan sebagi bahan-bahan pendidikan, keagamaan, bahan propaganda dan cetakan tekstil untuk pakaian. Cetakan bewarna mula diperkenalkan sekitar abad ke 15. di Malaysia, cetakan hanya bermula dengan menggunkan cetakan laser dan jet menjadi semakin popular dikalangan generasi muda. Cetakan yang menggunkan computer juga dikategorikan sebagai computer grafik

PERKEMBANGAN SENI CETAKAN TEMPATAN

Karya-karya seni cetak tempatan terhasil menerusi media potongan kayu. Misalnya, menerusi karya yang berjudul ‘Awaiting’ oleh Tan Tee Chie dan ‘Pertunjukan Boneka’ oleh Lim Mu Hea. Subjek-subjek genre dan kemasyarakatan seperti alam perkerjaan serta langskap persekitaran jelas kelihatan menerusi pengolahan konvensional hitam putih yang bertenaga. Kemudian, muncul Lee Joo For dan Abdullah Latif Mohidin dengan cetakan-cetakan gurisan asid mujarad dan semimujarad pada pertengahan dekad 1960-an. Kemudian diikuti oleh pelukis-pelukis lain seperti Seah Kim Joo dan T.K. Karan menerusi cetakan monotaip. Nama-nama seperti Long Thien Shih, Ibrahim Ismail dan Lee Kian Seng pula muncul menjelang akhir dekad 1960-an.

Menjelang akhir 1960-an dan 1970-an, apabila seni cetakan dijadikan suatu bidang pengajian khusus di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Institusi teknologi MARA (ITM) dan kini UITM serta di Fakulti Jabatan Ilmu Kemanusian, USM. Ini kemudiannya diikuti oleh institusi-institusi seni lain seperti Institusi Seni Lukis Malaysia. Menerusi institusi-institusi ini, terutamnya UITM, lahirlah ramai seniman seni cetak Negara seperti Poniran Amin, Ismail Latiff, Mansor Ibrahim, Awang Damit Ahmad dan Jamil Mat Isa.

Karya-karya awal seni cetakan banyak terhasil adalah menerusi media potongan kayu. Misalnya menerusi karya judul “Awaiting” oleh Tan Tee Chie dan “ pertunjukan Boneka oleh Lim Mu Hue. Subjek-subjek genre dan kemasyarakatan seperti alam pekerjaan serta landskap persekitaran seperti alam pekerjaan serta lanskap persekitaran jelas kelihatan menerusi pengolahan konvensional hitam putih yang bertenaga.
Cetakan potongan kayu secara konvensional begitu popular pada dekad 1990 an memperlihatka teknik baru ditampilkan oleh para pelukis tanah air. Ini termasuk cetakan computer oleh ismail zain” kagemusha and The Wax-Resist caper” (1989) dan cetakan-cetakan seperti gurisan foto dan sutera saring oleh ponirin Amin, Bahaman Hashim, wan Jamaludin Imran dan mohd. Jamil Mat isa.

Kehadiran Lee Joo For dan Abdul Arif Mohidin dengan cetakan-cetakan gurisan asid mujarad dan semimujarad pada pertengahan dekad 1960 an kemudian diikuti oleh pelukis-pelukis lain seperti Seah Kim dan T.K Karan menerusi cetakan cetakan monotaip. Nama-nama lain seperti Long Thien Shih, Ibrahim Ismail dan lee Kian Seng kemudiannya muncul menjelang akhir dekad 1960 an.

Seni cetakan lebih bersifat alternatif dan sampingan. Karya-karya cetakan berkisar pada tema yang serupa dengan catan-catan mereka. Keadaan ini berubah menjelang dekad 1960 – 1970 an apabila seni cetak dijadikan suatu bidang pengajian khusus dikajian seni lukis dan seni reka . ini diikuti oleh institusi –intitusi seni lain seperti institut seni Lukis Malaysia. Menerusi intitusi-intitusi seni ini, terutamamnya institute Teknologi Intitut Teknologi MARA, lahirlah ramai seniman seni cetak Negara seperti Ponirin Amin, Ismail Latif, Mansor Ibrahim , juhari Muhammad Said, Bahaman Hashim, Awang Damit Ahmad dan Mat isa. Raja Zahabuddin Raja Yaacob muncul selaku pemenang utama menerusi cetakan serigraf “ Luar dari yang diketahui “.

JENIS-JENIS CETAKAN

Cetakan boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu cetakan timbulan (relief), cetakan benaman (integlio) cetakan planograf atau litograf dan cetakan stensil atau sarigrafi.

Cetakan timbulan kaedah potongan kayu

Cetakan potongan kayu merupakan kaedah yang paling lama digunakan dalam kalangan pencetak. Cetakan ini mudah dilakukan kerana bahan dan peralatannya mudah didapati. Cara dan teknik cetakan kayu ini boleh digunakan untuk mencetak lino. Perbezaan cetakan lino dengan cetakan kayu adalah permukaan lino licin berbanding dengan permukaan cetakan kayu yang berira. Kayu yang berira ini mencantikkan lagi nilai imej pada cetakan. Antara cetakan yang termashyur ilah kiss (1902 ).

Aspek asas sebelum mencetak
Alat dan bahan:
i) kepingan kayu
ii) dakwat atau pewarna lino
iii) set pemahat
iv) roda penggelek dan dakwat
v) sekeping kaca untuk meratakan dakwat
vi) pisau pemotong NT
vii) kertas (jenis lembut seperti newsprint dan kertas beras atau rice paper)
viii) minyak linsid
ix) turpentine
x) minyak tanah untuk mencuci alat
xi) spatula



Cetakan Benam

Cetakan benam berlawanan dengan cetakan timbulan. Bagi proses timbulan, dakwat atau pewarna disapu pada permukaan plat atau blok, manakala bagi cetakan benanam dakwatnya disediakan di dalam ukiran imej plat. Dakwat itulah yang menghasilkan imej. Kaedah cetakan ini menggunakan teknik goresan asid (etching), turisan (engraving), akuatin dan mesotin.

Cetakan Planograf

Cetakan planograf dihasilkan daripada permukaan cetakan yang datar. Proses cetakan ini mengunakan kaedah yang dinamakan litografi. Litografi adalah berdasarkan teknik sifat penolakan minyak dengan air. Kaedah ini menggunakan blok batu kapur sebagai blok persembahan imej. Kaedah litografi dapat menghasilkan cetaka yang hampir sama seperti sebuah lukisan pensel.

Cetakan Stensil/ Sarigrafi

Cetakan stensil juga dipanggil cetakan sarigrafi. Cetakan ini memerlukan kain sutera saring yang diregangkan di atas pemidang kayu. Imej yang dihasilkan melalui keratan kertas pendua, stiker lut sinar atau skrin foto (foto emulsi). Berbeza dengan cetakan yang lain, cetakan stensil menggunakan sekuji untuk menyapu dakwat atau warna di atas permukaan kertas.

TOKOH –TOKOH CETAKAN

Tokoh Karya Jenis Cetakan
Ahmad Khalid Yusof ‘Alif Ba Ta’ 1971 Saring sutera
Abdul Latiff Mohidin ‘Imago Senja’ Potongan Kayu
Long Thien Shih ‘Rupa Barat di Awan dan Ombak Timur’ 1971 Saring sutera
Syarifah Fatimah Zubir ‘Malam’ 1974 Gurisan
Ponirin Amin ‘Dalam Sinar Mu’ 1974 Saring Sutera
Victor Chin ‘Bangunan Sultan Abdul Samad’ 1980 Litografi
Chew Teng Beng ‘Langskap Pantai Timur’ 1981 Gurisan
Nirmala Shanmughalingam ‘Anak Asia 11’ 1981 Saring sutera dan campuran
Raja Azhar Idris ‘Peniaga Wanita Pantai Timur’ 1981 Gurisan
William K.K Lau ‘Tempat Untuk Semua’ 1974 Litografi

TEKNIK-TEKNIK DALAM CETAKAN
Terdapat pelbagai teknik yang digunakan di dalam proses menghasilkan cetakan. Antaranya adalah seperti berikut:
• Aquantint
- Teknik ini merupakan teknik yang mampu untuk menghasilkan sesuatu yang berkaitan dengan nada dan bunyi tanpa adanya had secara pemeringkatan untuk mengubah semula warna dakwat yang basah dan rata dalam bahagian yang luas atau lukisan cat air yang melalui goresan mikroskopik yang amat baik. Ia juga akan membuat lubang terhadap imej pada permukaan yang utama. Kebiasaannya, ia diperbuat daripada zink dan tembaga yang baik. Majoriti artis Goya di Sepanyol (1748-1828) melakukan kerja yang berkaitan dengan grafik dengan menggunakan teknik ini.

• Blind
- Teknik “blind” ini merupakan teknik cetakan yang menggunakan sambungan yang tidak rata untuk menghasilkan jalianan timbul yang lembut atau tidak ketara pada imej putih pada putih; ditekankan pada bahagian imej timbul pada kertas yang tidak berkaitan. Teknik ini biasanya banyak digunakan dalam cetakan di Jepun.

• Collagraph / Kolagraf
-Teknik ini pula merupakan teknik yang menolak kedalam daripada blok yang
tahan pada setiap hasil kerja atau ciptaan yang direka seperti kolaj,menghasilkan
cetakan timbul.

• Drypoint
- Teknik cetakan ukiran benam dalam bentuk yang keras, permukaan besi/keluli yang telah diukir dalam bentuk garisan, menghasilkan getaran yang menjad ikan ciri atau sifat lembut dan garisan yang seperti baldu dalam cetakan terakhir.

• Engraving
- Teknik ini merupakan teknik yang diperbuat daripada kepingan bidang logam yang telah diukir atau digoreskan dalam bentuk garisan mengikut kehendak pengkaryanya. Garisan yang telah diukir hendaklah dicetak dengan tekanan yang berat

• Etching (Goresan)
- Teknik cetakan ini merupakan teknik yang menggunakan kaedah goresan pada permukaan kepingan bidang logam. Pada peringkat permulaan, permukaan logam hendaklah disepuhkan dengan sejenis asid yang tahan karat untuk logam. Kemudian, mulakan dengan melakukan kerja-kerja goresan untuk menghasilkan imej ukiran benam atas permukaannya. Permukaan logam yang terdedah dengan kesan ukiran akan dimakan sedikit demi sedikit apabila ia direndamkan ke dalam asid. Hasilnya akan membentuk garisan apabila ditekankan pada sekeping kertas selepas kepingan logam tadi dibancuhkan dengan dakwat untuk proses cetakan. Teknik ini diketahui telah diperkenalkan oleh Daniel Hopfer (1493-1536). Teknik ini juga adalah lebih baik berbanding teknik engraving dan amat terkenal sebagai seni grafik semasa tahap awal zaman Rembrandt dan zaman Herculas Segher kira-kira sejak abad ke-17. Hal ini mengingatkan kita pada hari ini bahawa teknik ini merupakan salah satu daripada teknik yang serba guna dan juga merupakan teknik yang menimbulkan kesan cetakan yang halus.

• Iris / Giclee
- Teknik reproduksi dengan menggunakan komputer di dalam setiap imej dan topologi adalah hasil daripada fail digital dan dicetak keluar menggunakan mesin cetak “ink jet” yang istimewa, menggunakan dakwat, cat akrilik dan cat minyak. Giclee jua merupakan salah satu daripada cetakan yang meawarkan ijazah tertinggi dalam ketepatan serta kekayaan warna yang telah tersedia untuk digunakan di dalam mana-mana teknik reproduksi komputer.


• Lithography (Litografi)
- Merupakan proses percetakan yang menggunakan cap batu atau logam. Teknik ini merupakan proses “planografik” di dala setiap cetakan yang menolak kedalam tekanan dari permukaan batu atau bahagian atas logam yang sensitif secara kimia. Seterusnya, bahan kimia ini akan membolehkan dakwat melekat hanya pada kawasan yang dicipta, dan menolaknya dari kawasan imej yang tidak dikehendaki. Litografi telah dicipta sekitar tahun 1798 di Solnhofen, Jerman oleh Alois Senefelder. Sejarah awal berkenaan dengan teknik Litografi ini adalah didominasi oleh artis dari Perancis yang terkenal seperti Daumier dan Delacroix, dan kemudiannya dismbung oleh Degas, Toulouse – Lautree, Picasso, Braque dan Miro.

• Mezzotint (Mezotin)
- “Mezzo” bermaksud setengah dan tint = tinta yang bermaksud irama. Berbanding dengan cara menggunakan teknik “engraving”, teknik ini menggunakan tembaga atau permukaan keluli yang rata, untuk menghasilkan ilustrasi dalam ukiran timbul dengan adanya kesan teknik cahaya dan bayang- bayang. Bahagian utama dalam permukaan objek yang rata adalah dijadikan kasar dengan menggunakan alat yang disebut sebagai jumpelang “rocker” semasa proses mendakwat, ia akan dicetak dengan dakwat yang terang. Bahagian yang sepatutnya adalah putih atau kelabu di dalam cetakan adalah digosok ke bawah. Kebiasaannya, teknik ini digunakan semasa abad ke-18 dan abad ke-19 untuk meghasilkan potrait dan lukisan yang lain, tetapi menjadi kuno ataupun telah dilupakan setelah wujudnya teknik “photoengraving.”

• Monotype (Monotaip)
- Merupakan antar teknik yang diperbuat daripada lukisan yang dihasilkan pada kepingan logam atau gelas dan pindahkan lukisan yang masih basah tadi kepada kepingan kertas dengan menggunakan tangan atau teknik menekan etching. Jika masih terdapat baki yang mencukupi tertinggal pada atas permukaan logam tadi, cetakan tambahan masih lagi boleh dibuat. Walau bagaimanapun, cetakan semula ini akan menjadi lebih kuat dan teguh daripada imej sebenar. Cetakan monotaip bukanlah proses menghasilkan replika berganda sejak setiap cetakan.

• Offset Lithography
- Merupakan teknik photomekanikal yang istimewa kerana setiap imej yang dicetak akan dipindahkan kepada permukaan logam yang negatif dan dicetak pada atas kertas. Teknik ini sangat berkesan digunkan pada cetakan yang berwarna.

PROSES PENGHASILAN KARYA

Proses mencetak

Proses mencetak merupakan proses terakhir. Kerja mencetak sebaliknya dilakukan di tempat mencetak, perkara-perkara tersebut perlu diberi perhatian.

Langkah:
1- setelah selesai kerja-kerja pendedahan foto,
2- foto disapukan menggunkan minyak masak.tujuan adalah untuk menampakkan dan memudahkan proses penerapan pada playwood
3- periksa permukaan playwood agar cetakan yang dihasilkan berkualiti tidak mempunyai kecacatan pada permukaan kayu
4- foto diterapkan menggunakan kertas karbon dan diterapkan keatas playwood.
5- Motif objek diukir menggunkan alat ukiran.ukiran dilakukan dengan teliti tanpa memcacatkan rupa sebenar
6- Dakwat lino diratakan ditempat cetakan yang telah disediakan
7- Kemudian lino disapukan pada permukaan kayu dan diterap menggunakan kertas rice paper.
8- Proses cetakan dilakukan dengan berhati-hati dan cetakan seturusnya dilakukan

Cetakan Lino

PROSES PENGHASILAN KARYA

Proses mencetak

Proses mencetak merupakan proses terakhir. Kerja mencetak sebaliknya dilakukan di tempat mencetak, perkara-perkara tersebut perlu diberi perhatian.

Langkah:
1- setelah selesai kerja-kerja pendedahan foto,
2- foto disapukan menggunkan minyak masak.tujuan adalah untuk menampakkan dan memudahkan proses penerapan pada playwood
3- periksa permukaan playwood agar cetakan yang dihasilkan berkualiti tidak mempunyai kecacatan pada permukaan kayu
4- foto diterapkan menggunakan kertas karbon dan diterapkan keatas playwood.
5- Motif objek diukir menggunkan alat ukiran.ukiran dilakukan dengan teliti tanpa memcacatkan rupa sebenar
6- Dakwat lino diratakan ditempat cetakan yang telah disediakan
7- Kemudian lino disapukan pada permukaan kayu dan diterap menggunakan kertas rice paper.
8- Proses cetakan dilakukan dengan berhati-hati dan cetakan seturusnya dilakukan

Grafik art work




Digital Ilustration




Digital ilustration ( my art work )

1.2 Kepentingan Kreativiti
• Pendidikan seni visual dianggap sebagai mata pelajaran sampingan oleh sesetengah ibu bapa. Pandangan negatif ini sebenarnya adalah disebabkan oleh pemahaman cetek daripada sumber rujukan dan maklumat yang tidak tetap terhadap kepentingan mata Pelajaran Seni Visual. Kepentingan pendidikan seni adalah lebih penting dalam merealisasikan masyarakat ke arah kehidupan yang lebih sempurna sepertimana kepentingan mata pelajaran lain. Seni sebenarnya sudah lama memainkan peranan penting dalam dunia pendidikan. Namun, kepentingan itu tidak disedari. Sama ada disedari atau tidak, Pendidikan Seni Visual sudah disemai kepada semua generasi sejak dari awal kanak-kanak lagi sehingga ke peringkat dewasa. Seni bukan saja mengajar manusia menghayati keindahan, kecantikan atau sebagainya tetapi memupuk nilai-nilai estetika dan nilai-nilai kemuliaan dalam diri manusia. Seni harus dilihat sebagai subjek yang mampu ‘mengubati’ permasalahan yang berlaku dalam jiwa manusia.
• Seni memainkan peranan penting dalam pembangunan manusia dan perubahan masyarakat. Seni wajar diletakkan pada landasan yang betul dalam arena pembangunan manusiawi. Kefahaman yang cetek yang mengatakan seni tidak menjanjikan kerjaya yang baik perlu dikikis. Pendidikan yang diterima oleh manusia sama ada kita sedari atau tidak sebenarnya telah kita meletakkan seni di tempat yang sewajarnya. Pendidikan seni itu sebenarnya telah bermula lebih awal lagi, iaitu di zaman kanak-kanak. Pendidikan yang diberikan itu berlaku secara tidak lansung dan tanpa disedari. Contohnya, ibu bapa telah mendidik anak-anak mereka mengenal alat-alat permainan. Mereka menunjukkan bentuk-bentuk permainan kepada kanak-kanak. Pada alatan permainan tadi, terdapat pelbagai warna dan bereneka jenis rupa bentuknya. Apabila melihatnya, kanak-kanak itu akan meluahkan rasa hatinya. Apakah warna yang disukainya. Jenis-jenis permainan serta apa yang disayanginya. Selain gemar kepada barangan permainan, kanak-kanak juga suka menconteng. Apa sahaja yang boleh digunakan atau yang difikirkan sesuai, akan digunakan untuk menconteng. Kesempatan itu digunakan untuk melahirkan ideanya.
• Antara peranan Seni Visual dalam pendidikan pertama ialah memupuk kreativiti kanak-kanak. Sifat semula jadi bagi seseorang kanak-kanak ialah memerlukan perhatian, belaian, sentuhan dan sebagainya. Tanpa kita sedari perkembangan seni tampak minda kanak-kanak berlaku dengan begitu pesat sekali. Sebelum meningkat remaja, kanak-kanak mengalami tiga tahap perkembangan seni tampak. Peringkat manipulatif sekitar umur 2 hingga 5 tahun. Peringkat melakar simbol-simbol berumur 5 hingga 9 tahun dan peringkat pra-remaja iaitu sekitar umur 10 tahun hingga 13 tahun. Berdasarkan kajian oleh ahli-ahli psikologi barat, perkembangan seni ini berlaku pada setiap kanak-kanak. Perbezaan mungkin timbul ialah berdasarkan factor persekitaran, bimbingan berterusan daripada keluarga atau latar belakang pendidikan. Melalui proses membentuk kreativiti dari diri kanak-kanak itu akan terbina dengan baik. (Laura Chapman, 1978)
• Peranan kedua memupuk dan mengembangkan sifat kreativiti dan inovatif para pelajar. Apabila mencapai umur remaja sekitar 10 hingga 15 tahun, tahap penguasaan ilmu yang berkaitan dengan seni mungkin telah bertambah. Seseorang pelajar itu sudah mulai menunjukkan kecenderungan untuk mencipta sesuatu bentuk dengan lebih baik. Pada peringkat ini, sekiranya pelajar diberi kesempatan dan bimbingan yang betul mengenai seni, maka tahap kematangan kreativitinya akan berkembang. Menurut Lowenfeld dan Lambert (1965) pada peringkat ini merupakan peringkat yang paling konflik dan genting. Pelajar akan mengalami tekanan untuk memilih bidang seni sebagai satu bidang utama dalam proses membesar mereka. Persaingan di kalangan pelajar berlaku peringkat ini. Pelajar yang lemah akan mengalami masalah yang dinyatakan tadi. Sekiranya dibimbing dan diberi penerangan yang betul, kemungkinan minatnya terhadap seni akan terkabur. Berbanding dengan pelajar yang diberi bimbingan atau nasihat yang positif. Mereka akan menjadi lebih berdisiplin, cekal dan berminat dengan subjek seni itu.
• Ketiga ialah melahirkan tenaga professional dalam pelbagai bidang. Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, kita amat memerlukan ramai tenaga professional. Jurutera, arkitek, doktor, saintis dan penguam merupakan bidang kerjaya yang amat diperlukan oleh negara. Akibat kekurangan itu, kita terpaksa mengimport dari luar negara. Dalam bidang kerjaya, seni boleh memainkan peranan besar untuk membentuk generasi hari ini bagi memilih kerjaya yang sesuai dengan minat mereka. Selain untuk keperluan negara, pelajar yang memilih bidang ini boleh merancang untuk membentuk satu profesion baru. Menjadi seniman sepenuh masa contohnya. Walaupun negara kita masih baru dalam bidang ini, namun telah terdapat ramai artis yang mampu hidup mewah dengan menjadikan seni sebagai satu profesion sepenuh masa.
• Keempat peranan seni visual dengan cara memupuk dan mendidik sifat kecintaan pada seni dan estetika. Negara perlu memikirkan satu kaedah yang berkesan bagaimana seni ini perlu dijadikan teras kepada pembentukan masyarakat. Seni boleh dijadikan satu formula membentuk masyarakat yang cinta kepada nilai-nilai keindahan. Pada hari ini melalui sebuah agensi kerajaan, kita melihat beberapa agenda penting disambut setiap tahun. Pelbagai aktiviti dan perayaan dianjurkan oleh kerajaan dengan pelbagai bentuk kebudayaan. Antaranya program Tahun Melawat Malaysia anjuran Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan. Selain daripada itu, ada pelbagai program lain yang dianjurkan bertujuan untuk menarik para pelancong. Program seperti ini wajar diadakan dan dipergiatkan lagi. Namun apa yang penting di sini ialah penglibatan masyarakat masih lagi tidak menyeluruh. Terutama sekali ialah kesan penghayatan masyarakat terhadap aktiviti yang dijalankan itu.
• Kelima memupuk perasaan sayang pada seni dan warisan dalam masyarakat. Masyarakat kita memang kaya dengan khazanah warisan budaya. Sebut sahaja keperluan harian yang digunakan di rumah kita. Pinggan mangkuk, peralatan memasak, ukiran kayu, seni batik dan tenunan atau tekstil, hamparan tikar mengkuang atau pandan, anyaman kelarai, seni binaan rumah kayu atau kampung dan seterus seni budaya sopan santun dan adat istiadat. Seni warisan ini sebenarnya semakin terpinggir dan hamper dilupakan. Tidak banyak lagi generasi hari ini yang mengamalkan menghulurkan tepak sirih apabila menyambut kedatangan tetamu. Kehidupan moden yang dialami hari ini telah melupuskan semua warisan itu. Seni itu wajar dipertahankan daripada hilang terus atau mengalami kepupusan. Terdapat banyak contoh yang boleh dijadikan rujukan. Seni kraftangan umpamanya seperti seni anyaman mengkuang dan seni anyaman kelerai. Seni tekat, tembikar dan banyak lagi contoh yang bileh diketengahkan. Boleh dikatakan kepentingan barangan kraf ini tidak lagi menjadi pilihan masyarakat kini.
• Peranan keenam ialah melahirkan masyarakat yang memiliki jati diri. Budaya menunjukkan bangsa. Kata-kata ini jelas kepada kita bahawa sesebuah masyarakat itu mesti meletakkan kepentingan budaya pada satu kedudukan yang tinggi dalam masyarakatnya. Mengekalkan kebudayaan mereka supaya ia dikenali dan dihormati bukanlah satu tugas yang mudah. Kita boleh mengesan sesuatu bangsa melalui perkembangan budayanya. Ada yang berpendapat, mengenali sesuatu bangsa itu lebih mudah dari mengenali budayanya. Masyarakat yang memiliki jati diri yang kuat akan berusaha untuk mengekalkan seni, budaya dan warisannya. Kita mestilah meletakkan tanggungjawab di bahu masyarakat akan kepentingan nilai seni dan estetika. Kefahaman dan tanggungjawab ini perlu dipupuk di peringkat awal lagi. Sekolah dan institusi pengajian tinggi merupakan tempat yang paling wajar. Peranan murid, guru atau pendidik, pensyarah, dan pihak kementerian pendidikan amat penting untuk merealisasikan perkara ini. Justeru, selain apa yang disebutkan tadi, semua masyarakat juga boleh memainkan peranan menjadi ahli atau individu yang ada kepentingan untuk menjadi warga yang dapat memberikan sumbangan kea rah cita-cita yang murni ini.

1.3 Tahap Perkembangan Kreativiti
• Berikut adalah antara beberapa pendapat yang menyatakan tentang tahap perkembangan kreativiti dalam proses kreativiti atau artistik. Pendapat pertama adalah dari PETER Mc KELLAR (1967) menyatakan tahap perkembangan kreativiti sebagai peringkat iaitu persediaan, pengeraman, penjelasan, penentuan dan pencernaan. Pendapat seterusnya, dari VIKTOR LOWENFELD (1969) menyatakannya sebagai tahap-tahap perlakuan dan tindakan, iaitu kepekaan, kelancaran, keanjalan, memberi makna dan pengertian baru, analisis, sintesis, kejelasan dan ketekalan mengorganisasi. Pendapat seterusnya, dari POINCAR (1970) ianya menjelaskan peringkat-peringkat berikut sebagai proses kreativiti iaitu mengenalpasti, penjelasan, tidak pasti, pandang timbang dan rasionalisasi dan pendapat dari LAURA H. CHAPMAN iaitu menyatakan dalam bukunya berjudul Approaches to Art in Education, suatu kajian tentang teori-teori peringkat penghasilan kerja dan tahap kreativiti, menjelaskan bahawa proses artistik adalah merupakan fasa-fasa tidak semestinya sentiasa bersifat tekal dan sekuens. Buku ini menjelaskan bahawa tahap perkembangan kreativiti dan artistik dibahagikan kepada tiga fasa yang utama, iaitu perwujudan idea, perkembangan dan penghalusan idea dan kemahiran media.

1.4 Ciri-ciri kreativiti dalam Pendidikan Seni Visual
• Seseorang artis atau tukang dikatakan sebagai insan yang mempunyai daya kreatif, imaginatif dan nilai estetik yang tinggi. Pendidikan Seni bukan bertujuan untuk melahirkan ramai artis tetapi melatih dan mendidik pelajar agar dapat membentuk sahsiah yang positif dengan memiliki sifat-sifat kreatif seperti mana yang terdapat pada seseorang artis yang unggul.
• Seseorang artis yang unggul memiliki sifat-sifat yang berikut :
SIFAT-SIFAT ARTIS HURAIAN
Mereka mempunyai ciri-ciri :
1. Daya persepsi tinggi Mereka peka, berkeupayaan dan gemar kepada :
 Melihat kekuatan nilai dan makna pada objek dan alam.
 Mendengar “bunyi kehidupan” di keliling mereka.
 Sedar tentang apa yang dirasa dan disentuh.
 Peka kepada bau yang dihidu.
2. Daya membina idea sendiri  Memberi “nafas baru” dan kesinambungan terhadap perkara silam atau isu lama.
 Membina, mencipta, dan menghasilkan sesuatu.
 Mencuba gaya atau teknik baru.
 Memanipulasi idea dengan pelbagai cara, secara tidak lazim atau berlainan dari biasa perlakuan.
 Mencuba dan meneroka pelbagai pendekatan dan bahan.
 Menyelesaikan masalah dengan cara tersendiri.
 Berimaginasi tinggi- melangkaui batas pemikiran biasa.
3. Suka mencuba, meneroka dan mencari sesuatu yang baru  Menggunakan cara-cara baru dan inventif menghubung idea dan imej.
 Mengimpikan dan memikirkan kemungkinan-kemungkinan baru yang berlainan dari kebiasaan.
 Berimaginasi dan berdaya mewatakan sesuatu.
 Berfikiran tulen dan asli (originality).
4. Suka mengkaji dan menyelidik  Dapat memberi makna dan pengertian terhadap sesuatu ciptaan.
 Menganalisa data maklumat tentang apa yang dialami.
 Bertanya dan mencari penjelasan.
 Mencari penemuan baru mengenai hubungan antara idea dan bahan.
5. Peka terhadap nilai estetik  Tertarik terhadap nilai keindahan, kecantikan, keunikan, kelainan, dan keharmonian pada objek, alam dan kehidupan.
 Dapat merasakan nilai rentak, irama dan harmoni terhadap apa yang dilihat dan dihasilkan.
6. Keyakinan diri  Menggunakan pendekatan yang fleksibel mengikut situasi dan keperluan.
 Berdikari.
 Mempunyai kekuatan perasaan dan emosi serta dapat membuat penyataan diri.

1.5 Proses meningkatkan kesedaran
• Bagi meningkatkan kesedaran, pelajar-pelajar boleh dilatih dan dibimbing dengan pelbagai cara. Melalui aktiviti Pendidikan Seni, kesedaran boleh ditingkatkan melalui latihan persepsi estetik, iaitu :
1. Interaksi Estetik (kajian visual)
 Pengalaman Tampak (deria)
 Pengalaman Aktif Secara Langsung
 Pengalaman Empati

2. Pendidikan Asas Senireka
 Unsur Seni
 Prinsip Rekaan
 Struktur Rekaan

3. Proses Kreativiti/Artistik
INTERAKSI ESTETIK
• Pengalaman Tampak (Deria)  Melalui latihan pengalaman tampak, seseorang akan dilatih menggunakan deria secara terperinci.
 Kesedaran dapat dipertingkatkan melalui pengalaman deria yang melakukan aktiviti penyelidikan, penerokaan, percubaan dan pemerhatian terhadap sesuatu.
 Aktiviti-aktiviti tersebut haruslah mengandungi tujuan-tujuan berikut agar aktiviti yang dijalankan benar-benar berkesan terhadap perkembangan dan peningkatan kesedaran. Iaitu meningkatkan :
o Daya melihat dan mengamati
o Daya mengigati dengan jelas tentang pengalaman tampak yang dilalui dan kesannya terhadap perasaan, pemikiran dan tanggapan.
 Menurut Laird, daya mengingati dan menghubungkan antara pengalaman dengan perasaan, pemikiran, dan tanggapan, boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Iaitu pelajar perlu :
o Mengambil bahagian aktif melibatkan fizikal, pergerakan tindakan langsung seperti bergerak ke sesuatu tempat untuk mendapatkan maklumat. Tindakan fizikal tersebut akan memperkukuhkan ingatan.
o Mengaitkan pengalaman baru dengan pengalaman yang sedia ada atau masa lampau.
 Galakkan pelajar meneroka, mengkaji, dan menemui pelbagai fenomena sebanyak mungkin secara sendiri. Guru hanya perlu membantu menentukan struktur dan kandungan penemuan yang telah diperolehi pelajar.
 Mendapat pengalaman secara langsung dengan menggunakan objek atau fenomena yang sebenar. Elakkan menggunakan gambaran atau penjelasan yang abstrak.
 Berlatih mengingati perkara-perkara mengenai seseorang atau objek yang ditemui. Adakan tindakan-tindakan seperti :
o Cari kaedah bagi mengingati nama orang atau objek tersebut. Kaitkan dengan sesuatu yang lain agar mudah diingati.
o Tumpuan kepada ciri spesifik tentang rupa muka orang tersebut seperti mata, gigi, hidung, bulu kening, jalinan kulit dan warna kulitnya (bagi objek yang boleh dilihat dari segi warna, bentuk, jalinan, dan sebagainya.)
o Lihat dan catatkan ciri-ciri keunikan orang / objek tersebut.
 Tumpuan/konsentrasi sangat perlu bagi mendapatkan aras pencapaian kesedaran yang tinggi. Ia boleh dilakukan dengan latihan seperti :
o Melakukan aktiviti tidak lazim
Contoh : melihat gambar yang terbalik. Melukis gambar belakang kepala bukan muka seperti kelaziman dilakukan.
 Bagi mendapatkan kesedaran dan pengalaman-pengalaman seperti yang dinyatakan, guru boleh menyediakan borang senarai semak untuk diambil tindakan oleh pelajar selepas mereka melakukan aktiviti penerokaan, kajian atau pemerhatian.
 Galakan pelajar merakamkan setiap pengalaman deria tersebut melalui lakaran, lukisan, fotografi, himpunan/koleksi buku skrap, dan penulisan.

• Pengalaman Aktif Secara Langsung  Melalui latihan membuat atau menghasilkan sesuatu.
 Kesedaran dapat diperkembangkan melalui pengalaman membuat atau menghasilkan sesuatu seperti membuat catan, cetakan, anyaman, ukiran, dan pelbagaiaktiviti gerakerja kreatif.
 Pelajar perlu disedarkan dengan pemeringkatan proses dan teknik semasa melakukan kerja tersebut. Proses dan teknik dapat meningkatkan kesedaran secara langsung.
 Kajian-kajian tentang asas seni reka pada alam dan persekitaran untuk digunakan dan diaplikasikan dalam gerakerja yang dilakukan.
 Galakan pelajar melakukan aktiviti membuat kajian-kajian mengenai tema, artis, melihat cara artis menghasilkan karya secara tindakan aktif seperti menemu bual artis, melihat artis bekerja dalam studio dan sebagainya, bagi mendapatkan pengalaman dan meningkatkan kesedaran.
 Wujudkan suasana yang lebih mencabar seperti aktiviti perbahasan, diskusi, perbincangan, dan kritikan tentang karya yang dilakukan.
 Adakan senarai semak untuk diambil tindakan oleh pelajar bagi mengesaningatan dan kesedaran semasa mereka melakukan aktiviti.

• Pengalaman Empati

 Melalui latihan yang banyak menyentuh perasaan, emosi, dan tekanan fizikal.
 Latiahan melalui aktiviti kembara visual ke tempat tertentu banyak menimbulkan kesan emosi dan fizikal.
• Sebaik-baik pelajar mengalami sendiri secara langsung mengenai susah payah kerja sebagai seorang petani ketika mereka cuba menggambarkan pemandangan di sawah padi atau potret seorang petani.
• Membuat pengamatan secara dekat dan langsung. Merasakan keterikan panas cahaya matahari yang membakar kulit kaum petani.
• Merasakan kesukaran atau kelainan antara melakukan aktiviti dalam studio berbanding aktiviti kembara di luar studio.
 Menggunakan angota yang tidak lazim digunakan untuk menghasilkan karya.
 Latihan-latihan sumpama itu dapat menimbulkan kesan kesedaran, keinsafan, dan pengalaman yang sangat bermakna kepada seseorang, dan dapat meningkatkat penghayatan.
 Sediakan senarai semak yang dapat menyatakan dan mengesan pengalaman pelajar ketika melakukan aktiviti tersebut.
2. PENDIDIKAN ASAS SENIREKA

 Unsur Seni
 Prinsip Rekaan
 Struktur Rekaan  Pendidikan Asas Senireka melalui persepsi dan pertinbangan estetik, boleh membantu pelajar ke arah kesedaran terhadap fenomena alam dan karya, menjurus kearah tujuan berikut perlu dilakukan :
o Menganalisa wujudnya asas senireka seperti unsur seni, prinsip seni, dan struktur rekaan dalam hasil karya seni dan di alam.
o Mengenal pasti kegunaan asas seni reka
o Mengenal pasti media dan proses seni
o Mengenal pasti artistik mood
o Mengambarkan ragam-ragam estetik
o Menganalisa persamaan dan kelainan estetik
o Membezakan gayaan artistik
o Mengenal pasti ragam artistik
3. PROSES KREATIVITI ATAU ARTISTIK  Menggunakan kemahiran proses kreativiti
 Mengaplikasikan unsur dan struktur rekaan.
 Membuat penyataan dalam pelbagai aktiviti seni,
Seperti :
o Karya 2D dan karya 3D
o Karya Kraf
o Karya Komunikasi
 Mempelbagaikan dan menggunakan karya dalam persekitaran.
 Mengenal pasti bidang kerjaya.

1.6 Kesimpulan
• Kesimpulannya semua pihak mempunyai perasaan cinta kepada seni dan warisannya. Menanamkan tanggungjawab untuk pemeliharaan dan penjagaannya terletak pada semua pihak. Harus juga disedari bahawa, usaha ini tidak akan berjaya sekiranya masaih ada pihak yang meletakkan kepentingan seni ini pada tempat yang sewajarnya. Semoga apa yang dibincangkan tadi dapat memberikan kesedaran bahawa seni dan pendidikan seni merupakan dua bidang yang berbeza. Seni begitu memainkan peranan penting dalam dunia pendidikan kita. Sewajarnya seni tidak boleh lagi dianggap sebagai satu mata pelajaran yang tidak ada kepentingannya dalam dunia pendidikan. Sejarah telah membuktikan bahawa seni amat memainkan peranan dalam pembentukan ketamadunan manusia. Kita mengenali bangsa yang berjaya ialah melalui seni selain perkembangan teknologinya. Oleh itu, seni pastinya memainkan peranan penting dalam dunia pendidikan kita hari ini.

Kepentingan kreativiti dalam pendidikan seni visual

1.0 Pengenalan Kreativiti

· Setiap orang mempunyai potensi untuk menjadi lebih kreatif dan produktif, tetapi ianya bukanlah merupakan hak mutlak akan terjadi kepada semua orang. Ianya berkait rapat dengan idea, perasaan, pemikiran, pengalaman dan keinginan seseorang.

· Bagi seseorang artis, pemikiran kreatif (pemikiran tampak) yang kadang kala tidak menggunakan walau sepatah perkataan, merupakan satu prosedur atau kaedah yang perlu digunakan apabila melihat, berfikir atau belajar bagi mewujudkan idea.

· Seseorang yang kreatif lazimnya tidak hanya memaparkan secara langsung tentang apa yang di lihat atau di alaminya. Ia mungkin menggunakan metafora dan anologi memproses pengalaman tampak untuk dilahirkan ke dalam bentuk tampak yang baru.

· Menurut Helbert Read, kita tidak hanya mengajar kanak-kanak mengetahui, tetapi juga pada masa yang sama, mengajar mereka mencipta. Untuk mengetahui fakta (otak kiri) adalah suatu perkara dan menukarkan fakta kepada bentuk baru memerlukan keupayaan membuat metafora (otak kanan) adalah suatu perkara lain, yang merupakan fungsi pemikiran kreatif. Bagi mempertingkatkan daya kreativiti seseorang, pembelajaran dan pengalaman aktiviti pendidikan seni adalah diperlukan.

1.1 Definisi Kreativiti

· Menurut kamus Webster’s (1976) pemikiran kreatif ialah, “The ability to bring something new existence”. Definisi ini memperlihatkan kreativiti itu adalah kebolehan mewujudkan sesuatu yang baru sama sekali. Apabila direnung dan difikirkan secara mendalam, dapatkah manusia yang mempunyai sifat yang lemah mewujudkan sesuatu yang baru sama sekali, iaitu daripada tiada kepada ada. Definisi ini seolah-olah melambangkan sesuatu tingkah laku dan pemikiran manusia yang hebat, dapat melakukan apa saja yang diinginkan. Malah, dalam keadaan kritikal sekalipun, manusia masih dapat membuktikan kemampuannya.

· Kamus dewan (1993) memberikan maksud kreativiti sebagai kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif, kekreatifan. Terdapat beberapa pendapat yang dikemukakan oleh pakar-pakar berhubung kreativiti. Mengikut Viktor Lowengfeld (1975), kreativiti ialah suatu naluri (instinct) semula jadi sejak lahir yang dimiliki oleh setiap orang. Naluri itu adalah faktor pertama digunakan bagi menyelesaikan atau membuat pernyataan tentang masalah kehidupan. Keinginan pula menjadi asas yang mendorong seseorang berupaya menyelidik dan meneroka sesuatu. Tanpa naluri dan keinginan, manusia tidak akan bertindak.

· Gilchrist menyatakan, kreativiti adalah keupayaan menghasilkan sesuatu yang baru dan menilai sama ada maujud ataupun tidak. (Leonard Yong,1994). Manakala, Paul Torrance (1974) memberikan definisi kreativiti sebagai proses yang mana seseorang menjadi peka terhadap masalah kekurangan, jurang pengetahuan, unsur-unsur yang hilang, ketidakharmonian dan sebagainya; mengenal pasti perkara-perkara yang sukar, mencari penyelesaian, membuat tekaan atau membentuk hipotesis tentang kekurangan-kekurangan itu, menguji dan mengkaji semula hipotesis-hipotesis ini dan memungkinkan pengubahsuaian dan mengujinya semula dan akhir sekali menyalurkan keputusannya kepada orang lain (Leonard Yong,1994).

· Bagi June King McFee pula, beliau berpendapat bahawa kreativiti adalah keupayaan mencipta perlambangan dan idea baru bagi memperkemaskini idea yang ada. Aktiviti menyusun dan mengolah semula organisasi yang sedia ada dan mantap kepada sesuatu organisasi yang baru dianggap sesuatu kreativiti.

· Kajian Fryer dalam tahun 1989 (Fryer 1996) telah mendapat respons tentang maksud kreativiti. Antara maksud yang diberi ialah kreativiti adalah sesuatu yang asli, satu proses separa sedar, sesiapa sahaja boleh menjadi kreatif tetapi tidak semua orang kreatif, kreativiti melibatkan pemikiran dan khayalan dan kreativiti adalah kebolehan untuk melihat sesuatu dalam cara yang berbeza, untuk mencari kepuasan dalam membuat atau menghasilkan sesuatu dan memerlukan ketekunan sehingga terhasilnya suatu produk.

· Viktor Lowenfeld dan Brittain (1982) menjelaskan, kreativiti berkait dengan suatu garis panduan atau prinsip yang perlu diikuti oleh seseorang iaitu menghasilkan atau memikirkan sesuatu yang baru, berbeza dan hasil yang unik, melalui proses pemikiran bercapah, motivasi yang tinggi, sentiasa mempunyai bentuk pemikiran yang terbuka, hasil yang tidak diduga, galakan memperkembangkan dan meningkatkan idea sendiri, kelainan, unik, individual dan keaslian, berlaku proses pemikiran kreatif, mementingkan proses dan bukan hasil, kekuatan pengetahuan dan kemahiran, keinginan meneroka sendiri, mampu mengkritik, menilai, idea dan subjek dimanipulasikan serta dikaji, teliti menggunakan langkah-langkah perkembangan kreatif : sumbang saran, penggunaan baru, adaptasi, modifikasi, magnifikasi, penyusunan semula, pengunduran, membuat penyenaraian dan dimensi lain (analogi).

· Edward De Bono (1992), menyatakan bahawa menjadi kreatif bermaksud mewujudkan sesuatu yang belum pernah ada iaitu sesuatu yang baru dan mempunyai nilai. Sesuatu hasil yang kreatif sepatutnya tidaklah mudah atau merupakan sesuatu yang biasa. Ianya mesti merupakan sesuatu yang unik dan jarang ditemui.

· Dunn (1992), mengatakan bahawa kreativiti ialah keupayaan untuk menjana idea baru, melihat masalah dari sudut yang baru dan mengambil risiko dalam mencuba sesuatu yang tidak pernah dicuba sebelumnya. Kreativiti berkait rapat dengan pengetahuan, kemahiran asas dan pemikiran kritis dan ianya boleh difahamkan sebagai penggunaan pengetahuan dan maklumat dengan cara baru.